Monday, January 26, 2015

Program Jaya Waris UPSR 2015

22 JANUARI 2015

Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Bukit Tambun terus mengatur langkah dalam usaha meningkatkan prestasi dan pencapaian UPSR tahun ini. "Masa Itu Emas"...dalam usaha ke arah kecemerlangan UPSR murid-murid sekolah ini, program perjumpaan waris murid Tahun 6 kali pertama telah diadakan.
Kecemerlangan seseorang pelajar terletak kepada kerjasama erat antara guru-guru dan ibu bapa. Jesteru itu, Program Jaya Waris ini diharapkan dapat hasrat tersebut. Kesejahteraan pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah memerlukan komitmen semua pihak termasuk ibu bapa,guru-guru,murid-murid dan pelbagai pihak.. Dengan komitmen ini akan dapat melestarikan pendidikan terbilang dalam kalangan murid-murid sekolah ini.