Thursday, April 30, 2015

KEMPORI PENGAKAP DAERAH NIBONG TEBAL 2015

24 - 25 APRIL
Seramai 10 orang pengakap SKBT telah dipilih untuk menyertai perkhemahan pengakap peringkat daerah Nibong Tebal yang diadakan di SK Sungai Acheh. Ahli pengakap tersebut ialah Nik Daniel Murshidey, Daarvinraj, Shaileysh, Syafifi, Darwish, Nik Muhd Zafran, Putera Muzayil, Syazwan dan Adiib Hakim.


Tuesday, April 14, 2015

KEM 1MURID 1SUKAN

14 APRIL 2015
Pada hari ini, bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.30 petang, telah berlangsung Kem 1 Murid 1 Sukan (1M1S) peringkat sekolah. Kem 1M1S ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga merupakan salah satu dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyelaras kem, Cikgu Kesavan memulakan kem ini dengan sesi taklimat keselamatan dan juga perjalanan program. Selepas itu, murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ke stesen-stesen permainan yang telah ditetapkan seperti stesen sepak takraw, stesen bola jaring, stesen bola baling dan juga stesen olahraga.