Wednesday, July 29, 2015

Program Bersama BSN

27 JULAI 2015
Bank Simpanan Nasional sekali lagi datang ke SKBT untuk adakan program bersama dengan murid2 di sini. Pegawai2 dari BSN seramai 3 orang dengan dibantu oleh beberapa orang guru telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk murid2. Antaranya aktiviti mewarna poster, bergambar bersama maskot, penyampaian cenderahati, penyimpanan wang ke dalam akaun dan sebagainya. Murid2 yang sememangnya digalakkan menabung telah membawa wang tabungan mereka untuk dimasukkan ke dalam akaun masing-masing.




SESI TAKLIMAT OLEH PEGAWAI BSN

PENYAMPAIAN CENDERA HATI....
MENABUNG....


SESI BERGAMBAR BERSAMA MASKOT BSN

Tuesday, July 28, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah SKBT 2015

28 JULAI 2015
PIBG, Jawatankuasa RIMUP, Panitia Pendidikan Islam dan juga Kelab Staf SKBT berganding bahu bagi menjayakan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah.
Majlis Hari Raya tahun ini dimeriahkan lagi dengan tetamu-tetamu jemputan iaitu guru dan murid SJKC kheng Khoon, guru dan murid SK Batu Kawan, Polis Bukit Tambun, Pegawai BSN, serta ibu bapa murid2 SKBT.
Jamuan raya bermula jam 11.00 dan berakhir 12.30 tengah hari. Para hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah. Antaranya bihun sup, rendang ketupat, mee goreng, dan pelbagai kuih raya.


PENYEDIAAN JUADAH.....
SEBELUM JAMUAN.....
 MENIKMATI JUADAH YG DISEDIAKAN.....
 BERGAMBAR KENANGAN.... 

Monday, July 27, 2015

Rewang

27 JULAI 2015
PENYEDIAAN BAHAN.....
MEMBUAT KETUPAT....
 REBUS KETUPAT & MASAK RENDANG
 PERSIAPAN TEMPAT...