
Majlis dimulakan dengan ucapan pentadbir yang diwakili oleh Puan Hajjah Zaiton, PK HEM. Beliau mengalu-alukan kehadiran para waris tahun 6 dan mengucapkan tahniah atas keperihatinan mereka terhadap program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Selepas itu, penyelaras UPSR Cikgu Nik Faizul telah menyampaikan taklimat berkaitan dengan pencapaian dan pretasi semasa murid-murid Tahun 6. Dalam sesi taklimat itu, Cikgu Nik juga memaklumkan program-program yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat sebelum UPSR bulan September nanti. Pihak sekolah amat berharap agar para waris memberikan kerjasama terutamanya dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah agar program yang akan dijalankan nanti memberi impak secara keseluruhannya kepada semua murid.
No comments:
Post a Comment