![]() |
Bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Zool Azhari bin Abdul Kader. |
![]() |
Guru Besar, Puan Sarimah sedang membentangkan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang 2014 khas untuk murid-murid Tahun 6 bagi meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam UPSR. |
![]() |
Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Dr. Badrul Hisyam, berkaitan Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran. |
Dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam UPSR, pihak sekolah merancang beberapa aktiviti sepanjang tahun 2014. Salah satu program yang telah dilaksanakan sebagai satu titik permulaan ialah Program Jaya Waris Murid Tahun 6.
Program Jaya Waris SKBT kali pertama 2014 diadakan seperti ketetapan berikut ;
Tarikh : 25 Januari 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Bukit Tambun
OBJEKTIF
1. Membolehkan pihak sekolah menyampaikan maklumat terkini perkembangan pelajar.
2. Membolehkan pihak sekolah memaklumkan pelbagai program yang akan dijalankan dalam usaha meningkat prestasi murid-murid khususnya dalam UPSR.
3. Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan waris selain merancang aktiviti-aktiviti yang perlu dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi prestasi pencapaian UPSR 2014.
4. Memberi kesedaran tentang betapa pentingnya peranan ibu bapa dan waris dalam menentukan
kejayaan anak-anak mereka.
Seawal jam 8.00 pagi, sudah kelihatan waris mula membuat pendaftaran. Pada pukul 8.30 pagi, acara dimulakan.
8.30 * Bacaan Doa
* Ucapan Yang Dipertua PIBG
* Ceramah Motivasi
* Ucapan Guru Besar
* Taklimat dan Sesi Perbincangan
bersama pentadbir / guru subjek /
PIBG / Ibu bapa
* Bersurai
Jawatankuasa
Kecemerlangan UPSR SK Bukit Tambun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Jawatankuasa
Kecemerlangan UPSR juga ingin merakamkan sekalung terima kasih kepada PIBG
kerana telah memberi sumbangan kewangan dalam menjayakan program ini. Juga
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penceramah pada hari tersebut
iaitu Doktor Badrul Hisyam yang juga merupakan Yang Dipertua PIBG atas kesudian
meluangkan masa dan tenaga menjayakan program ini. Segala kerjasama yang
diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai.
No comments:
Post a Comment