Friday, September 26, 2014

Sukaneka RIMUP 2014

26 SEPTEMBER 2014
Meriah dan Berintegrasi....
Bertempat di SJKC Keng Khoon, seramai 90 orang murid dari tiga buah sekolah telah dikumpulkan untuk menjayakan program sukaneka Rimup 2014. Setiap sekolah menghantar 30 orang peserta. Sekolah yang terlibat ialah SK Bukit Tambun, SK Batu Kawan dan SJKC Keng Khoon.
Rimup ialah Rancangan Integrasi Murid untuk perpaduan dijalankan untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di negara kita. Rancangan ini suatu komponen yang sangat penting dalam usaha mengeratkan hubungan antara pelajar dan juga guru-guru. Pelajar-pelajar daripada ketiga-tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dapat disatukan dalam program rimup ini walaupun belajar di sekolah yang berlainan dengan mengambil bahagian dalam aitiviti yang dianjurkan..

SESI TAKLIMAT

SESI PENYERAHAN T-SHIRT RIMUP
 

SESI SUKANEKA





 SESI PENYAMPAIAN HADIAH

Wednesday, September 24, 2014

Hari Susu Sekolah Sedunia 2014

24 SEPTEMBER 2014
Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan sejak 2010 untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah di samping membantu meningkatkan kecemerlangan minda. Kementerian pendidikan Malaysia melaksanakan Sambutan Hari Susu Sedunia pada 24 September 2014. Program ini bakal melakar sejarah dalam Malaysia Books of Records (MBoF) sebagai acara minum susu secara serentak di seluruh negara yang akan melibatkan 1.4 juta murid.
SKBT tidak terkecuali untuk turut menjayakan Hari Susu Sekolah Sedunia ini. Sehari sebelumnya, murid-murid telah dimaklumkan tentang Hari Susu Sekolah Sedunia ini. 
Pada pukul 9.50 pagi, semua murid berkumpul di kantin sekolah. Mereka diberikan taklimat ringkas berkaitan dengan Hari Susu Sekolah Sedunia. Kemudian, mereka diagihkan dengan susu-susu sekolah. Tepat jam 10.00 pagi, murid-murid meminum susu tersebut dengan gembiranya.




Monday, September 1, 2014

Program Bacaan Yasin dan Mohon Restu Calon UPSR 2014

29 OGOS 2014
Berbaki lebih kurang 10 hari sahaja lagi sebelum UPSR, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Bukit Tambun telah mengadakan program bacaan yasin dan mohon restu khas buat calon-calon UPSR tahun ini. Program ini dihadiri oleh waris dan juga murid-murid Tahun 6, serta guru-guru.
Bermula dengan sesi pendaftaran pada pukul 8.30 pagi di kantin sekolah. Sementara menunggu jam 9.00 pagi, para waris yang hadir awal telah menjamu selera di kantin. Lebih kurang pukul 9.15 pagi, program bacaan yasin bermula. Ustaz Zool Azhari sebagai khalifah telah memimpin bacaan yasin tersebut. Selepas itu diteruskan dengan sesi mohon restu yang juga dikendalikan oleh Ustaz Zool Azhari. Dalam sesi tersebut, murid-murid diberi kesempatan untuk memohon kemaafan daripada ibu atau bapa mereka yang hadir dan memohon restu mereka agar usaha dan hasrat untuk memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam UPSR menjadi kenyataan.


BACAAN YASIN

MOHON RESTU