Monday, September 1, 2014

Program Bacaan Yasin dan Mohon Restu Calon UPSR 2014

29 OGOS 2014
Berbaki lebih kurang 10 hari sahaja lagi sebelum UPSR, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Bukit Tambun telah mengadakan program bacaan yasin dan mohon restu khas buat calon-calon UPSR tahun ini. Program ini dihadiri oleh waris dan juga murid-murid Tahun 6, serta guru-guru.
Bermula dengan sesi pendaftaran pada pukul 8.30 pagi di kantin sekolah. Sementara menunggu jam 9.00 pagi, para waris yang hadir awal telah menjamu selera di kantin. Lebih kurang pukul 9.15 pagi, program bacaan yasin bermula. Ustaz Zool Azhari sebagai khalifah telah memimpin bacaan yasin tersebut. Selepas itu diteruskan dengan sesi mohon restu yang juga dikendalikan oleh Ustaz Zool Azhari. Dalam sesi tersebut, murid-murid diberi kesempatan untuk memohon kemaafan daripada ibu atau bapa mereka yang hadir dan memohon restu mereka agar usaha dan hasrat untuk memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam UPSR menjadi kenyataan.


BACAAN YASIN

MOHON RESTU

2 comments:

  1. semoga semua lulus dgn cemerlang upsr ntt. 5A.....

    ReplyDelete
  2. Harapan semua guru dan ibu bapa....semoga kecemerlangan mengiringi anak-anak didik SKBT.

    ReplyDelete