Friday, October 30, 2015

Hari Kanak-kanak SKBT 2015

30 Oktober 2015
Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. kanak-kanak pada hari ini adalah generasi yang bakal mewarisi dunia suatu hari nanti. Di Malaysia, perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah SKBT ini adalah sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.Sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.Apa yang lebih penting, sambutan ini diharapkan akan dapat memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.

MAJLIS POTONG KEK HARI LAHIR DAN HARI KANAK-KANAK...

GOTONG ROYONG MEMASAK JUADAH MAKAN TENGAH HARI...
AKTIVITI KHAS HARI KANAK-KANAK.....

Thursday, October 29, 2015

Penyampaian Sijil Penyertaan dan Pencapaian

19 Oktober 2015
Pihak sekolah menyampaikan sijil-sijil penyertaan dan pencapaian kepada peserta Kawad Kaki Peringkat Daerah, Sijil Eureka dan Inovasi peringkat negeri, dan Sijil Sepak Takraw peringkat negeri.
Tahniah kepada semua murid yang terlibat. Kalian telah mengharumkan nama sekolah buka sahaja di peringkat daerah malah sehingga ke peringkat negeri.