Friday, October 30, 2015

Hari Kanak-kanak SKBT 2015

30 Oktober 2015
Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. kanak-kanak pada hari ini adalah generasi yang bakal mewarisi dunia suatu hari nanti. Di Malaysia, perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah SKBT ini adalah sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.Sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.Apa yang lebih penting, sambutan ini diharapkan akan dapat memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.

MAJLIS POTONG KEK HARI LAHIR DAN HARI KANAK-KANAK...

GOTONG ROYONG MEMASAK JUADAH MAKAN TENGAH HARI...
AKTIVITI KHAS HARI KANAK-KANAK.....

No comments:

Post a Comment