Tuesday, March 31, 2015

KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2015

28 MAC 2015
        Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun  telah mengambil inisiatif merancang dan melaksanakan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. 
         Kem Bestari Solat untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 telah diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Semua guru terlibat dalam menjayakan kem ini. Pada kali ini. setiausaha program, ustazah Nurasyikin membuat sedikit kelainan dalam pelaksanaan program bagi mencapai impak yang lebih berkesan. Para peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan bergerak ke setiap stesen yang telah ditetapkan yang akan dibimbing oleh beberapa orang guru.


Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara fardhu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan.

Saturday, March 28, 2015

PERKHEMAHAN TKRS

28 MAC 2015
Bertempat di SK Seri Tasek, beberapa buah sekolah di Seberang Perai Selatan telah telah bekerjamasa menjayakan perkhemahan TKRS. SK Bukit Tambun disertai oleh 15 orang murid. Perkhemahan selama dua hari satu malam ini berjaya menyuntik semangat ahli-ahli TKRS terutamanya yang tidak biasa melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan.