Friday, March 13, 2015

Kem Motivasi Jati Diri 2015 - Hari Pertama

13 MAC 2015
Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR, Badan Disiplin dan Pengawas serta Unit Kaunseling sekali lagi bergabung idea dan tenaga menganjurkan Kem Motivasi Jati Diri Calon UPSR dan Pengawas. Kem motivasi kali ini diadakan di Perda-Tech Bukit Panchor. Seramai 40 orang murid telah menyertai Kem Motivasi ini. 
Pada hari pertama, para peserta berkumpul di SKBT pada pukul 3.30 ptg. Tepat jam 4.00 petang, bas bertolak ke Perda Tech. Setibanya di Perda Tech pada pukul 4.50 petang, para peserta terus dibawa ke surau untuk solat Asar berjemaah. Selepas itu, Ustaz Zool selaku Kem Komandan telah memberikan Taklimat Penginapan dan juga Keselamatan. Selepas itu, para peserta dibawa ke Dorm masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Perda Tech.

TENTATIF PROGRAM PADA HARI PERTAMA


MASA
AKTIVITI
CATATAN
3.30 pm
Berkumpul di SKBT
AJK Pengangkutan
4.00 pm
Bertolak ke Perda-Tech
AJK Pengangkutan
5.00 pm
Solat Asar Berjemaah & Taklimat
AJk kerohanian & Kem Komandan
6.00 pm
Check in & Pengurusan Diri
AJK Penginapan
6.45 pm
Makan Malam
AJK Makanan
7.30 pm –
9.00 pm
Solat Maghrib Berjemaah
Kuliah
Solat Isyak Berjemaah
AJK Kerohanian
9.30 pm
Slot Ceramah ‘Kenali Diri’
Penceramah Jemputan
11.00 pm
Minum Malam
AJK Makanan
11.30 pm
Burung hantu
AJK Riadah
12.00 pm
Tidur
AJk Penginapan

MAKAN MALAM

 KULIAH MAGHRIB

CERAMAH MOTIVASI
Ceramah Motivasi yang bertajuk Jati Diri disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustza Razia.

No comments:

Post a Comment