Sunday, May 31, 2015

Terima Kasih BSN, Wanita Umno dan PIBG - Sumbangan Kek Hari Guru

Terima kasih yang tidak terhingga daripada semua warga SKBT atas sumbangan kek yang diberikan oleh pihak bank Simpanan Nasional (BSN), Wanita UMNO Bukit Tambun dan juga PIBG. Ingatan tulus ikhlas pihak anda amat kami hargai.

Saturday, May 30, 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH - SKBT 2015

29 MEI 2015
Hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti penggal pertama dipenuhi dengan kemeriahan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sambutan kali ini dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat. Semua guru dan murid-murid berkumpul di dewan untuk bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Zool. Pada masa yang sama, murid-murid India berada di Bilik Akses bersama Sir Kesavan dan Teacher Ng.
Lain-lain acara dalam sambutan hari guru kali ini ialah deklamasi sajak oleh Cikgu Nik, Ucapan wakil murid oleh adik Nik Danial Mursyidey, Ucapan Guru Besar, Ucapan YDP PIBG sebagai wakil waris, persembahan murid, bacaan ikrar guru dan nyanyian koir oleh guru-guru SKBT.
Selepas itu, semua guru terlibat dengan pertandingan memasak, manakala dalam masa yang sama, murid-murid terlibat dalam pertandingan membuat kad ucapan hari guru menggunakan teknik kolaj.




Thursday, May 28, 2015

Sukan Tahunan SKBT 2015

23 Mei 2015, Sabtu
Setelah hampir seminggu guru-guru dan murid-murid sekolah ini berhempas pulas menjalani latihan sukan, maka hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Pada hari inilah murid-murid akan mempamerkan bakat dan semangat kesukanan mereka

Saturday, May 9, 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID DAN GURU SKBT - edisi ke 2

27 APRIL 2015
Unir Hal Ehwal Murid dan kelab Staf sekali lagi mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk murid-murid serta guru-guru yang lahir bulan Mac dan April. Walaupun majlis itu ringkas, namun cukup bermakna bagi murid-murid serta guru-guru yang diraikan. Perasaan disayangi dan dihargai oleh guru-guru serta rakan-rakan, serta juga rasa kesyukuran dapat diterap dan dipupuk melalui majlis ini. Selamat hari Lahir kepada murid-murid serta rakan-rakan guru yang terlibat, semoga hidup kalian sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan.