Tuesday, May 5, 2015

KENDURI KELAS PENDIDIKAN KHAS DAN JAMUAN PERPISAHAN GURU PELATIH

29 APRIL 2015
Guru Kelas Pendidikan Khas iaitu Cikgu Suliati dan Cikgu Rosnadia telah mengadakan kenduri doa selamat bertempat di KPK. DI samping itu,kenduri yang diadakan itu juga merangkap kenduri atau jamuan perpisahan guru-guru pelatih yang telah menjalani latihan atau praktikum di sekolah ini selama 4 bulan. Hari ini merupakan hari terakhir mereka di sek9lah ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin oleh semua guru dan bacaan doa selamat. Selepas itu, guru besar Puan Sarimah menyampaikan sepatah dua kata. Dalam ucapannya, antara lain GB mengucapkan terima kasih kepada semua guru pelatih kerana di samping menjalani latihan, sebenarnya mereka banyak menabur bakti di sini. GB juga mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya menamatkan praktikum di sekolah ini dengan jayanya.
Kemudian, Cikgu Firuz yang mewakili rakan-rakan guru pelatih dalam ucapan ringkasnya melahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pentadbir sekolah, guru-guru pembimbing dan rakan-rakan guru yang lain kerana telah memberi komitmen yang jitu sepanjang beliau dan rakannya menjalani praktikum di sini.
Kami warga SKBT mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Firuz, Cikgu Syuhada, Cikgu Hazim dan Cikgu Izzy, semoga kalian dapat menjadi guru yang berdedikasi suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment