Monday, February 1, 2016

Pelancaran Program NILAM Peringkat sekolah SKBT 2016

Image result for NILAM1 FEBRUARI 2016
Pusat Sumber Sekolah SKBT telah mengadakan majlis pelancaran NILAM Peringkat sekolah yg telah dirasmikan oleh GB Puan Sarimah binti Jab.
Majlis pelancaran Program NILAM adalah satu program yang dirancang khusus untuk meningkatkan penglibatan dan minat murid dalam program NILAM.
Menurut Guru PSS, Puan Azila Abd Aziz, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai salah satu agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.

TAKLIMAT S/U NILAM DAN UCAPAN PERASMIAN GB
GIMIK PELANCARAN PROGRAM NILAM
AKTIVITI '10 MINIT  BERSAMA BUKU'

No comments:

Post a Comment