Friday, August 28, 2015

Program Bacaan Yasin dan Mohon Restu UPSR

28 Ogos 2015
Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR dan Panitia Pendidikan Islam telah bekerjasama dalam menjayakan majlis bacaan Yasin dan mohon restu untuk calon-calon UPSR 2015.


Thursday, August 27, 2015

Projek Baja Kompos

27 Ogos 2015
Dalam mengorak langkah ke arah Sekolah Hijau, guru-guru SKBT sekali lagi mengembeling tenaga menghasilkan salah satu elemen penting iaitu BAJA KOMPOS.
Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun. Ia mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Kompos terhail daripada penguraian bahan-bahan organik seperti daun kering, habuk kayu, dan juga sisa-sisa tanaman. Proses penguraian ini dinamakan pengkomposan.Bahan utama di dalam kompos yang membuatkan tanah elok adalah humus. Humus bertindak sebagai pemegang nutrien di dalam tanah daripada larutresap (hilang).Kehadiran oksigen adalah penting untuk penghasilan kompos yang baik. Ini kerana proses pengkomposan adalah proses aerobik iaitu melibatkan oksigen. Jika tiada oksigen, mikroorganisma yang memproses kompos akan melakukan proses anaerobik iaitu proses penguraian dalam keadaan kekurangan oksigen.


Sunday, August 23, 2015

Gotong-royong - Sekolah Hijau

22 Ogos 2015
Bermula tahun 2014, SKBT telah menyertai pertandingan Anugerah Sekolah Hijau. Pada tahun ini, penyertaan itu diteruskan, dan sudah pastinya memerlukan komitmen dan kesedaran yang tinggi daripada guru,guru, staf dan juga murid-murid.
Anugerah Sekolah Hijau telah mula dijalankan dengan tujuan untuk memberikan pendekatan secara holistik bagi pengurusan alam sekitar dan menggalak penambaikan berterusan di peringkat alam persekolahan dan di umur yang lebih muda. Ia perlu diberi tumpuan kepada pengurangan sisa-sisa buangan, pemeliharaan alam sekitar dan lain-lain lagi.
Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Ini adalah kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah dewasa atau keluar dari alam persekolahan, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari
Rebungnya”. Sekolah yang juga dianggap sebagai rumah kedua bagi setiap pelajar dapat memupuk mereka mempraktikkan amalan mesra alam seawal usia muda dan dapat memastikan kesinambungannya sehingga mereka dewasa kelak.

Saturday, August 22, 2015

Cikgu Zulhilmi....Hari Terakhir di SKBT.

22 Ogos 2015
"Lima tahun di JPN, dan apabila kembali ke sekolah sebagai PK koko, sebenarnya saya hadir dengan kosong pengalaman dalam mengurus kokurikulum...dan amanah menggalas tanggungjawab ini dirasakan teramat berat.. Namun, selama setahun tujuh bulan di SKBT, banyak pengalaman yg diperoleh atas bimbingan GB, rakan2 pentadbir dan juga rakan2 guru" itulah antara kata2 awal yg diucapkan oleh mantan pk koko sekolah ini, cikgu Zulhilmi apabila menyampaikan ucapan terakhirnya dalam mesyuarat guru sebentar tadi. Dalam ucapan ringkasnya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pentadbir, rakan-rakan guru dan staf yang telah memberikan komitmen diluar jangkaun terutamanya dalam menjayakan apa-apa program sehingga SKBT mula mencorak nama bukan sahaja di peringkat daerah, malah di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Beliau turut menasihati agar rakan-rakan seperjuangan yang masih di sekolah ini agar terus mengekalkan kecemerlangan ini dan terus menempa pelbagai kejayaan lagi.
Cikgu Zulhimli akan memulakan tugas di sekolah baharunya SK Sg Acheh secara rasmi pd 24 ogos 2015.
Beliau merupakan seorang yg peramah dan periang, tidak lokek dengan senyuman. Guru2 mahupun murid2 amat menyenangi sikapnya yang mesra dan sentiasa 'happy' dalam apa jua keadaan. Warga SKBT pastinya akan berasa kehilangan sebutir mutiara dengan ketiadaan cikgu Zulhilmi.
Kami rakan2 guru di SKBT mendoakan yg terbaik buat Cikgu Zul, semoga dapat laksanakan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang sepertimana semasa berada di sekolah ini.
SELAMAT MAJU JAYA.....Cikgu ZULHILMI BIN HAMDI.


HARI TERAKHIR DI SKBT.....JASAMU DIKENANG !
‘Benih yang baik...
kalau di campak ke darat menjadi gunung, 
kalau dicampak ke laut menjadi pulau’