Saturday, August 22, 2015

Cikgu Zulhilmi....Hari Terakhir di SKBT.

22 Ogos 2015
"Lima tahun di JPN, dan apabila kembali ke sekolah sebagai PK koko, sebenarnya saya hadir dengan kosong pengalaman dalam mengurus kokurikulum...dan amanah menggalas tanggungjawab ini dirasakan teramat berat.. Namun, selama setahun tujuh bulan di SKBT, banyak pengalaman yg diperoleh atas bimbingan GB, rakan2 pentadbir dan juga rakan2 guru" itulah antara kata2 awal yg diucapkan oleh mantan pk koko sekolah ini, cikgu Zulhilmi apabila menyampaikan ucapan terakhirnya dalam mesyuarat guru sebentar tadi. Dalam ucapan ringkasnya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pentadbir, rakan-rakan guru dan staf yang telah memberikan komitmen diluar jangkaun terutamanya dalam menjayakan apa-apa program sehingga SKBT mula mencorak nama bukan sahaja di peringkat daerah, malah di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Beliau turut menasihati agar rakan-rakan seperjuangan yang masih di sekolah ini agar terus mengekalkan kecemerlangan ini dan terus menempa pelbagai kejayaan lagi.
Cikgu Zulhimli akan memulakan tugas di sekolah baharunya SK Sg Acheh secara rasmi pd 24 ogos 2015.
Beliau merupakan seorang yg peramah dan periang, tidak lokek dengan senyuman. Guru2 mahupun murid2 amat menyenangi sikapnya yang mesra dan sentiasa 'happy' dalam apa jua keadaan. Warga SKBT pastinya akan berasa kehilangan sebutir mutiara dengan ketiadaan cikgu Zulhilmi.
Kami rakan2 guru di SKBT mendoakan yg terbaik buat Cikgu Zul, semoga dapat laksanakan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang sepertimana semasa berada di sekolah ini.
SELAMAT MAJU JAYA.....Cikgu ZULHILMI BIN HAMDI.


HARI TERAKHIR DI SKBT.....JASAMU DIKENANG !
‘Benih yang baik...
kalau di campak ke darat menjadi gunung, 
kalau dicampak ke laut menjadi pulau’

No comments:

Post a Comment