Sunday, August 23, 2015

Gotong-royong - Sekolah Hijau

22 Ogos 2015
Bermula tahun 2014, SKBT telah menyertai pertandingan Anugerah Sekolah Hijau. Pada tahun ini, penyertaan itu diteruskan, dan sudah pastinya memerlukan komitmen dan kesedaran yang tinggi daripada guru,guru, staf dan juga murid-murid.
Anugerah Sekolah Hijau telah mula dijalankan dengan tujuan untuk memberikan pendekatan secara holistik bagi pengurusan alam sekitar dan menggalak penambaikan berterusan di peringkat alam persekolahan dan di umur yang lebih muda. Ia perlu diberi tumpuan kepada pengurangan sisa-sisa buangan, pemeliharaan alam sekitar dan lain-lain lagi.
Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Ini adalah kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah dewasa atau keluar dari alam persekolahan, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari
Rebungnya”. Sekolah yang juga dianggap sebagai rumah kedua bagi setiap pelajar dapat memupuk mereka mempraktikkan amalan mesra alam seawal usia muda dan dapat memastikan kesinambungannya sehingga mereka dewasa kelak.

No comments:

Post a Comment