Friday, July 25, 2014

KEMPEN SIFAR DENGGI DI SEKOLAH

16 JULAI 2014
Rentetan daripada kempen sifar aedes dan denggi di sekolah yang telah dilancarkan pada 14 Julai yang lepas, guru-guru dan murid-murid sekolah ini telah mengadakan gotong royong mencari dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes. Dalam pelancaran kempen yang lepas, Puan hajjah Zaiton PK HEM telah memaklumkan akan bahayanya nyamuk aedes dan juga penyakit denggi. Atas kesedaran tersebut, murid-murid begitu teruja mencari dan memusnakan tempat-tempat yang berpotensi menjadi agen pembiakan aedes di sekolah.





Wednesday, July 23, 2014

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS DAN MATEMATIK

22 JULAI 2014
Salah satu program guru-guru praktikum dengan kerjasama Panitia Sains dan Matematik telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains dan Matematik untuk murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6. Bengkel yang dikendalikan oleh guru-guru praktikum itu bermula seawal jam 8.00am hinggal 1.30pm. Guru-guru pakar Sains seperti Puan Hajjah Zaiton dan Puan Mazlina serta guru pakar matematik Puan Nazariah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ceramah.
Umumnya, bengkel ini dijalankan dalam dua slot iaitu slot ceramah dan slot LDP atau bengkel berkumpulan. Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, diharapkan agar program ini akan memberi impak yang positif kepada murid dan dapat membantu mereka menjawab soalan peperiksaan nanti terutamanya murid-murid Tahun 6.












Saturday, July 19, 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA 2014

16 JULAI 2014
Panitia Agama Islam sekali lagi menganjurkan majlis berbuka puasa untuk guru-guru dan murid-murid tahun 3,4,5 dan 6. Majlis berbuka puasa yang menjadi salah satu program tahunan Panitia Agama Islam ini dikendalikan bersama dengan Guru-guru Praktikum yang terdiri daripada Cikgu Zikri, Cikgu Zahid, Cikgu Syahir dan Cikgu Syahid. 



Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil pada pukul 6.00pm di Surau Al-Jameela SKBT. Bacaan Yasin dan Tahlil ini turut disertai oleh para waris murid Tahun 6. Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Syahir dan Ustaz Zahid. 
Beberapa minit sebelum berbuka puasa, semua murid dan guru bergerak ke Bilik J-Qaf untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah. Tepat jam 7.38 petang, azan berkemundang menandakan sudah masuk waktu berbuka. Para hadirin dibekalkan dengan air dan buah kurma untuk berbuka puasa, kemudian mereka menunaikan solat Maghrib berjemaah. 
Lebih kurang pukul 8.00  malam, setelah selesai solah Maghrib, semua hadirin ke kantin untuk menjamu selera. Murid-murid kelihatan begitu teruja mengambil nasi dan pelbagai juadah yang dihidangkan untuk mengisi perut yang kelaparan. 
Selepas menjamu selera....semua hadirin ke surau untuk solat Isyak dan solat sunat Terawih berjemaah. Pukul 10.00pm, majlis bersurai.








Thursday, July 17, 2014

PERJUMPAAN WARIS THN 6 KALI KEDUA - DIALOG PRESTASI

16 JULAI 2014
Jawatankuasa kecemerlangan UPSR sekali lagi telah mengadakan perjumpaan waris Tahun 6. Program kali ini dikendalikan bersama dengan Guru-guru Praktikum dan dianjurkan bersama juga dengan Majlis Berbuka Puasa anjuran Panitia Pendidikan Islam. Sebelum pukul 6.00pm, sudah kelihatan beberapa orang waris mula mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran. Tepat jam 6.00pm, majlis dimulakan dengan bacaan yasin di Surau Al-Jameelah SKBT. Semua guru, waris Tahun 6 dan murid-murid terlibat. Selepas itu, dalam pukul 6.40 petang, para waris ke Makmal Komputer untuk sesi dialog prestasi.
Majlis dimulakan dengan ucapan pentadbir yang diwakili oleh Puan Hajjah Zaiton, PK HEM. Beliau mengalu-alukan kehadiran para waris tahun 6 dan mengucapkan tahniah atas keperihatinan mereka terhadap program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Selepas itu, penyelaras UPSR Cikgu Nik Faizul telah menyampaikan taklimat berkaitan dengan pencapaian dan pretasi semasa murid-murid Tahun 6. Dalam sesi taklimat itu, Cikgu Nik juga memaklumkan program-program yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat sebelum UPSR bulan September nanti. Pihak sekolah amat berharap agar para waris memberikan kerjasama terutamanya dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah agar program yang akan dijalankan nanti memberi impak secara keseluruhannya kepada semua murid.