Sunday, July 6, 2014

SKBT menyertai pertandingan SEKOLAH LESTARI 2014

4 JULAI 2014
Setelah beberapa bulan guru-guru SKBT bertungkus lumus dan bekerjasama membuat persiapan serta persediaan untuk menyertai Pertandingan Sekolah Lestari, maka pada hari ini adalah hari kemuncaknya apabila tiga orang hakim telah datang untuk mengadili dan memberi markah. Hakim-hakim yang datang adalah dari MPSP, JPN dan juga Jabatan Alam Sekitar. Ketibaan mereka disambut oleh Puan Guru Besar.  Kemudian, mereka diberikan taklimat ringkas di Makmal Komputer. Satu tayangan slaid yang disediakan oleh Puan Nazariah selaku Setiausaha Projek Sekolah Lestari juga dipersembahkan kepada para hakim dan ternyata mereka agak berminat. Selepas itu, Guru Besar, PK HEM, PK koko serta Puan Nazariah membawa para hakim melawat kawasan sekolah. Mereka di bawa melawat taman-taman mini yang diwujudkan di sekolah seperti Taman Herba, Taman Keladi, Taman Orkid dan sebagainya. Pameran berkaitan inovasi serta hasil kerja murid-murid juga disediakan sebagai tatapan para hakim. 






No comments:

Post a Comment