Saturday, June 28, 2014

POTLUCK sebelum menjelangnya Ramadhan

27 JUN 2014 ( Jumaat)
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya Ramadhan. Justeru, guru-guru telah bersepakat untuk mengadakan potluck. Setelah berbincang, semua guru bersetuju untuk menjadikan menu pulut durian sebagai menu utama memandangkan sekarang ini musim durian. Cikgu Mazlina dengan ikhlasnya memberikan sumbangan buah durian manakala Cikgu Suzanariati menyediakan pulut serta serawa durian. Cikgu-cikgu lain turut membawa juadah masing-masing. Antaranya Cikgu Nazariah membawa spageti, Ustazah Ruzaini membawa sambal bilis dan memasak nasi. Ada rakan-rakan guru yang membawa air, buah-buahan, jeruk Pak Ali dan banyak lagi.





Berbunyinya loceng rehat, semua guru berkumpul di Makmal Sains. Acara mengopek buah durian dimulakan. Cikgu Zulhimli, Cikgu Nik dan Cikgu Kesevan menunjukkan bakat mengopek durian. Ada yang menggunakan pisau sayur, pisau potong kertas malah gunting ( saja nak tunjukkan kelainan). Setelah beberapa biji buah durian berjaya dikopek, maka acara makan pulut durianpun bermula. Masing-masing tidak mahu melepas peluang menikmati juadah yang enak ini.






No comments:

Post a Comment