Sunday, June 22, 2014

SUKAN SKBT 2014 - Perbarisan Kontinjen Rumah Sukan

21 JUN 2014
Seperti biasa, Sukan Tahunan dimulakan dengan acara perbarisan rumah sukan. Ketiga-tiga kontinjen rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Hijau  serta Kontinjen Pra Sekolah telah membuat persediaan yang cukup mengujakan bagi memeriahkan acara perbarisan kali ini. Sekitar jam 8.00 pagi, Pengurus acara perbarisan, Cikgu Nik Faizul telah mengarahkan setiap kontinjen perbarisan rumah sukan bersiap sedia. Guru-guru setiap rumah sukan telah bekerjasama dan bertungkus lumus menyiapkan kontinjen masing-masing. Dalam tempoh kurang daripada 24 jam, guru-guru setiap rumah sukan berjaya menyiapkan maskot masing-masing.


Tepat jam 9.00 pagi, pengacara majlis mengumumkan perbarisan masuk kontinjen rumah sukan. Perbarisan dimulakan dengan pembawa bendera Jalur Gemilang, bendera Negeri dan bendera sekolah serta pembaca ikrar, kemudian disusuli dengan kontinjen rumah merah, biru, hijau dan kontinjen pra sekolah. 







Setelah semua kontinjen berkumpul di tengah padang, mereka mengaminkan doa yang dipimpin oleh Ustaz Zool Azhari. Kemudian, semua murid, guru serta para waris yang hadir bersama-sama menyantikan lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang serta lagu Sekolah. Kemudian, Muhamad Arif bin Shamsudin dari kelas 6C mengetuai bacaan ikrar sukan sekolah.




Setelah semuanya selesai, kontinjen-kontinjen rumah sukan berbaris keluar padang dan terus ke khemah sukan masing-masing untuk membuat persediaan acara sukan yang seterusnya. Hakim yang mengadili pertandingan perbarisan kali ini ialah Puan Sarimah (GB), Puan Zaiton (PK HEM) dan Dr Badrul Yahaya ( YDP PIBG). Mereka sebulat suara memutuskan kontinjen rumah Hijau sebagai Johan Pertandingan Perbarisan 2014. Tahniah dan syabas semua peserta serta guru-guru rumah Hijau. Encik Zulhilmi, PK KOKO amat berpuas hati dengan kelancaran serta kemeriahan acara perbarisan kali ini. Syabas dan Tanhiah semua guru rumah sukan serta peserta acara perbarisan.

No comments:

Post a Comment