Friday, June 27, 2014

TAZKIRAH DI AMBANG RAMADHAN

27 JUN 2014
Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Tazkirah Di Ambang Ramadhan untuk semua murid dan guru SKBT. Program ini merupakan program yang diadakan setiap tahun apabila hampir menjelangnya bulan yang mulia ini.
Program yang bermula seawal 7.45 pagi itu dimulakan dengan majlis bacaan yasin. Bacaan yasin dan tahlil ini dipimpin oleh Ustaz tersohor di SKBT iaitu Ustaz Zool Azhari. Selepas itu, Ustaz Zool meneruskan program dengan sesi ceramah tentang Ramadhan.  


Ustaz Zool yang sememangnya terkenal dalam kalangan murid-murid SKBT sedang menyampaikan tazkirahnya dalam keadaan santai. Murid-murid menunjukkan rasa minat untuk mendengar serta mengetahui tentang Ramadhan. Ustaz mengambil kesempatan ini mengajar murid-murid tentang niat berpuasa serta menerangkan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang berpuasa. Sesungguhnya ilmu yang dicurahkan ini diharapkan dapat mendidik dan membantu murid-murid memahami seterusnya mengamalkannya sepanjang Ramadhan nanti.







Program hari ini dimeriahkan juga dengan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 4 Cemerlang. Kumpulan nasyid yang seramai 12 orang itu diketuai oleh adik Mukrim dan dilatih oleh Cikgu Azila. 
Dengan lagu Ramadhan Tiba, mereka berjaya menghiburkan rakan-rakan yang lain.

No comments:

Post a Comment