Monday, June 16, 2014

PERSIAPAN PADANG UNTUK SUKAN TAHUNAN 2014

16 JUN 2014
Hari pertama penggal kedua bermula. Sukan Tahunan yang dirancang untuk diadakan pada 21 Jun 2014 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Seperti biasa, untuk menjayakan sukan tahunan, persiapan paling asas ialah penyediaan padang. Sudah menjadi tugas rutin beberapa orang guru lelaki di sekolah ini, tugas membuat trek dilaksanakan seperti biasa. Pada hari ini, tugas yang diketuai oleh Cikgu Zulhimli PK KOKO dan dibantu oleh Ustaz Zool, Sir Kesavan dan Cikgu Nik Faizul bermula seawal jam 9.00 pagi. Walaupun dalam keadaan cuaca yang agak panas, namun tugas tetap dilaksanakan. Bak kata pepatah, berat sama dipikul...ringan sama dijinjing, setelah hampir dua jam bermandi peluh, akhirnya trek larian dan juga kawasan lontar peluru berjaya disiapkan. Walaupun penat yang tidak terhingga, namun perasaan gembira jelas kelihatan di rauk wajah keempat-empat perwira SKBT ini apabila berjaya menyiapkan padang sebelum latihan sukan yang akan bermula keesokan harinya.
                                                     







No comments:

Post a Comment