Friday, May 30, 2014

JAMUAN HARI GURU

27 MEI 2014 - Bertempat di Pen Mutiara Seafood, Batu Maung Pulau Pinang, Kelab Staf SKBT telah mengadakan majlis makan tengah hari untuk guru-guru SKBT sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang diadakan. Hidangan istimewa kari kepala ikan menjadi juadah yang begitu menyelerakan bagi kesemua guru SKBT pada hari tersebut. Ustaz Zool membuka tirai majlis makan tengah hari dengan bacaan doa. Selain kari kepala ikan, hidangan seperti ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, dan pelbagai juadah lain telah dinikmati bersama-sama oleh guru-guru yang sememangnya dalam keadaan lapar. 

Turut hadir pada majlis makan tengah hari tersebut ialah Cikgu Radhi yang telah berpindah ke SK Permatang Tok Mahat. Cikgu Radhi yang diundang khas pada hari tersebut sempat memberikan sepatah dua kata dalam ucapan ringkasnya. Kemudian, guru besar menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Radhi sebagai mengenang jasa beliau yang telah berkhidmat di SK Bukit Tambun sebelum ini. 




No comments:

Post a Comment