Thursday, May 29, 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SKBT 2014

27 MEI 2014 - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan jayanya di SK Bukit Tambun. Sambutan hari guru pada tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana pada tahun ini, sambutan hari guru dirancang dan dikendalikan oleh PIBG. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna guru-guru 'lepas tangan' kerana kunci kejayaan setiap program di sekolah adalah komitmen yang jitu antara para waris dan guru-guru. 
Sambutan pada tahun ini boleh dikatakan meriah kerana penglibatan ibu bapa yang sporting menggamatkan suasana. Pelbagai aktiviti yang diadakan telah disertai oleh guru-guru dan juga ibu bapa tanpa rasa sebarang jurang perbezaan. 
Sambutan hari guru dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Kemudian, Tuan Haji Muhammad Ajos selaku PK1 telah membaca perutusan sempena hari guru. Adik Muhammad Arif iaitu Penolong Ketua Pengawas Sekolah kemudiannya menyampaikan ucapan mewakili semua murid. Dalam ucapannya, adik Muhd Arif berterima kasih kepada semua guru SKBT kerana telah mendidik murid-murid SKBT dengan tekun dan ikhlas sehingga menjadi murid yang cemerlang. NYDP PIBG, Encik Roslee juga tidak ketinggalan menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis tersebut. Beliau yang mewakili YDP yang tidak dapat hadir, menyentuh soal rasa kebertanggungjawaban ibu bapa terhadap pendidikan dan kejayaan anak-anak di sekolah. Guru Besar pula dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PIBG serta ibu bapa yang hadir menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini.


Selepas sesi ucapan, sambutan hari guru diteruskan dengan bacaan ikrar oleh semua guru yang diketuai oleh Puan Sarimah, Guru Besar SKBT. Kemudian, semua guru menyanyikan lagu keramat Guru Malaysia, sambil wakil murid menyampaikan sekuntum bunga kepada setiap guru. Kemudian, Guru Besar mewakili semua guru memotong kek yang ditaja oleh PIBG. Murid-murid dan para waris yang hadir sama-sama menyanyiikan lagu 'selamat hari guru' ketika sesi potong kek tersebut.



Sambutan Hari Guru dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti sukaneka seperti boling kelapa, pertandingan mengopek dan mengukur kelapa dan pertandingan melambung belon berisi air. Semua waris dan guru mengambil bahagian. Keseronokan dan kegembiraan yang dirasai oleh semua yang terlibat menggamatkan suasana di tapak perhimpunan itu. 








Setelah penat bersukaneka, semua guru, murid serta para waris menjamu selera di kantin sekolah. PIBG sekali lagi menyumbangkan sedikit juadah iaitu bihun sup kepada guru dan waris yang hadir. Murid-murid pula menikmati juadah yang dibawa dan dikongsi bersama. Menakjubkan !! kerana juadah atau makanan yang dibawa olah murid-murid serta para waris pada hari tersebut memenuhi ruang meja. Kepelbagaian juadah yang dihidangkan itu dinikmati bsersama-sama. Guru serta ibu bapa yang hadir bekerjasama menghidangkan juadah tersebut.









1 comment: