Friday, May 9, 2014

KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR

Pada 21 hingga 23 Mac 2014 yang lalu, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama unit kaunseling telah berjaya mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR. Kem yang berlangsung selama tiga hari ini diadakan di SKBT. Seramai 19 orang murid Tahun 6 terlibat.
Antara pengisian Kem ini ialah sesi Ceramah dan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR. Ceramah dan Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh guru-guru pakar dan juga SISC yang diundang khas. Penceramah-penceramah yang terlibat ialah Cikgu ...... untuk subjek Sains, Cikgu Abu Seman untuk subjek Bahasa Melayu, Cikgu ...... untuk subjek Matematik dan Cikgu ....... untuk subjek Bahasa Inggeris.  






Selain daripada sesi ceramah dan bengkel, para peserta juga terlibat dengan aktiviti LDK dan riadah. Aktiviti yang dikendalikan oleh guru-guru praktikum ini amat menarik minat serta komitmen para peserta. 





Pada malam terakhir kem, para peserta terlibat dengan sesi Muhasabah Diri. Pada malam itu, Ustaz Fakhrul.diundang khas untuk bersama para peserta. Sesi Muhasabah yang berlangsung lebih kurang dua jam ini amat berkesan dan menarik. Ustaz Fakhrul berjaya membuka minda dan jiwa peserta. Tangisan keinsafan dan kesedaran akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan juga sebagai anak yang menggalas harapan kedua ibu bapa yang inginkan mereka berjaya dalam UPSR bergema pada malam yang sunyi di dewan permai.
Selepas itu, semua guru dan juga peserta menjamu selera. Aktiviti BBQ yang dirancang pada malam terakhir juga berjalan lancar.








Aktiviti kemuncak kem ialah bacaan ikrar oleh semua peserta. Murid-murid Tahun 6 telah berikrar untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. Mereka berjanji untuk tidak mengecewakan harapan guru-guru serta impian ibu bapa untuk melihat mereka berjaya.


Semoga kem yang dilaksanakan ini dapat memberi impak yang besar kepada semua peserta.
Terima kasih kepada semua guru yang memberikan komitmen dalam menjayakan kem ini. Terima kasih juga kepada PIBG yang memberikan sumbangan kewangan untuk melicinkan program-program yang dirancang.

KEM KECEMERLANGAN UPSR
ANJURAN
JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR
UNIT KAUNSELING
DAN 
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


No comments:

Post a Comment