Dalam majlis pelancaran kempen, Puan Hjh Zaiton selaku PK HEM dalam ucapannya berharap semua murid akan menjadi murid serta anak yang berbudi bahasa bukan sahaja di sekolah, malah di rumah dan di mana-mana sahaja.
ASP Ng pula dalam ucapannya menjelaskan bahawa berbudi bahasa itu ialah kita melakukan sesuatu perkara yang baik dan akan menyenangkan serta menggembirakan orang lain. Ini bermakna, jika kita berbudi bahasa semua orang akan suka kepada kita. Beliau menyeru agar semua.murid SKBT dapat menjayakan kempen ini.
Program yang akan dijalankan sepanjnag tahun 2014 ini diharap akan dapat mendidik murid-murid SKBT supaya saling menghormati tanpa mengira kaum, menghormati ibu bapa serta guru, sentiasa mengamalkan sikap dan perbuatan yang baik, menyayangi harta benda sekolah sebagai hak kegunaan bersama, dan sentiasa lemah lembut serta bersopan dalam pertuturan. Justeru, dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam kalangan murid, maka kempen berbudi bahasa serta nilai-nilai murni perlu diimplentasikan sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment