Thursday, May 8, 2014

PERTANDINGAN KAWAD UNIT BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH


         Pada 19 April 2014 yng lalu, SKBT melakar satu lagi sejarah apabila menyertai Pertandingan Kawad Unit Beruniform peringkat Daerah.

         Sudah sekian lama SKBT tidak menyertai pertandingan kawad ekoran bilangan peserta yang tidak mencukupi. Namun, walaupun pada tahun ini SKBT menghadapi masalah yang sama, kesungguhan Puan Zaiton PK HEM) serta Encik Zulhimi (PK KOKO) membuat pendaftaran penyertaan serta menyediakan kelengkapan seperti uniform telah merealisasikan impian untuk menyertai pertandingan kawad.

         SKBT menyertai pertandingan kawad TKRS kategori perempuan. Seramai 31 orang murid perempuan dari Tahun 3 hingga Tahun 5 telah menjalani latihan kawad selama 3 minggu berturut-turut. Pengurus Pasukan iaitu Puan Azila dan Jurulatih (kehormat) Ustaz Zool Azhari yang dibantu oleh guru-guru praktikum iaitu Cikgu Zahir dan Cikgu Zikri, telah berjaya melatih murid-murid ini sehingga tahu dan yakin untuk berkawad, walaupun sebelum ini mereka tidak didedahkan dengan ilmu kawad terutamanya murid Tahun 3 dan Tahun 4.



Dalam kesuntukan masa, serta pemilihan peserta yang terhad, SKBT akhirnya berjaya juga memperoleh tempat ketiga pertandingan kawad peringkat daerah. Menurut Guru Besar, Puan Sarimah, memandangkan ini penyertaan pertama kali, pencapaian tempat ketiga peringkat daerah ini agak membanggakan memandangkan SKBT menghadapi kekangan dalam pemilihan peserta yang terhad serta masa latihan yang singkat.

Diharapkan SKBT akan terus melakar nama dengan menyertai pertandingan-pertandingan lain lagi. Komitmen guru serta kesungguhan murid SKBT yang mantap serta jitu sudah pastinya akan membuka lebih banyak ruang kejayaan....

No comments:

Post a Comment