SKBT, Sabtu, 10 Mei 2014 - Kem Sukan telah dilaksanakan dengan jayanya. Semua murid SKBT dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam Kem Sukan ini. Kem Sukan yang sememangnya diadakan setiap tahun ini antara lain bertujuan untuk mendedahkan secara lebih mendalam akan peraturan, teknik serta aspek keselamatan dalam setiap permainan. Seawal jam 8.30 pagi, aktiviti senamrobik dijalankan sebagai pembuka tirai. Aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh Cikgu Suzana dan Cikgu Zaiton telah menarik minat para peserta. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang melakukan senamrobik ini sebagai senaman memanaskan badan sebelum aktiviti sukan lain diteruskan.
Selepas aktiviti senamrobik, semua murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
permainan mengikut kelab sukan masing-masing. Guru-guru penasihat setiap kelab
sukan bertanggungjawab mengendalikan sesi permainan dengan mendedahkan
teknik latihan serta teknik permainan yang betul.
Stesen Permainan Sepak Takraw
Stesen Permainan Bola Jaring
Stesen Permainan Bola Jaring
Stesen Olahraga
CERAMAH TEORI, PERATURAN DAN KESELAMATAN SUKAN
No comments:
Post a Comment