Wednesday, May 14, 2014

KUMPULAN KOMPANG - SAMBUTAN VIP SEMASA MSSPP


6 MAC 2014 - Kumpulan Kompang SKBT telah berjaya melaksanakan tanggungjawab pertama mereka pada tahun ini iaitu menyambut ketibaan VIP semasa Majlis Perasmian Penutup Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang peringkat Seberang Perai Selatan. Ketibaan Tuan Pengarah PPD Selatan, Encik Ghazali dan pegawai-pegawai PPD disambut dengan paluan kompang yang penuh bersemangat. Perarakan dengan paluan kompang itu bermula dari pintu utama stadium sehinggalah ke dalam stadium. Tuan Pengarah PPD sempat meluangkan masa berharganya untuk bergambar kenangan dengan pasukan kompang SKBT. 
Kesemua ahli pasukan kompang sekolah melahirkan rasa gembira mereka kerana penat lelah mereka berlatih di sekolah akhirnya terbalas. Pujian daripada Tuan Pengarah sudah cukup membuat mereka berasa gembira. Syabas dan tahniah......




No comments:

Post a Comment