Thursday, June 19, 2014

PEMANTAUAN HEADCOUNT OLEH PPD

19 JUN 2014
Sekumpulan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Selatan telah berkunjung ke SKBT untuk Pemantauan Headcount. Kumpulan pemantauan dari PPD tersebut terdiri daripada Encik Rizal, Puan Asmah dan juga Puan Izzati. Manakala kumpulan guru yang terlibat ialah Tn Hj Mohd Ajos (PK1), Puan Suzanariati (S/U Peperiksaan Dalaman/Headcount), Encik Nik Faizul ( S/U Kecemerlangan UPSR/ Guru BM Thn 6), Puan Nazariah (Guru Matematik Thn 6) dan Puan Mazlina (Guru Sains Thn 6).
Antara perkara yang telah dibincangkan ialah berkaitan dengan TOV, OTI dan juga ETR. Selain itu, Encik Rizal juga menekankan tentang pencapaian ujian semasa bagi setiap subjek sama ada menjurus ke arah pencapaian ETR atau sebaliknya. Setiap subjek telah dianalisis dan hasilnya, beberapa pengubahsuaian ETR perlu dilakukan berdasarkan pencapaian semasa murid-murid. 
Selain itu, berdasarkan sumbangsaran yang telah diadakan, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh Encik Rizal, antaranya Latih Tubi berfokus, mengadakan perjumpaan waris dengan memaklumkan keadaan atau pencapaian semasa pelajar, komitmen bersama guru-guru tahun 6 dan juga pentadbiran, meningkatkan sarana dan sebagainya. Encik Rizal mengalu-alukan pihak sekolah sekiranya memerlukan bantuan daripada pihak PPD seperti dari segi bimbingan berfokus oleh SISC+ dan sebagainya. Encik Rizal juga mencadangkan agar sekali-sekala pihak sekolah atau guru membawa pelajar ke sesuatu tempat menarik seperti Bukit Panchor atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai untuk mengadakan sesi pembelajaran. Beliau yakin ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar. 
Sesi perjumpaan yang berlangsung hampir dua jam itu amat berkesan dan bermanfaat dan telah mencetuskan beberapa idea untuk meningkatkan pencapaian UPSR di sekolah ini.




No comments:

Post a Comment