Monday, June 23, 2014

SUKAN SKBT 2014 - Acara Tarik Tali

21 JUN 2014
Kemeriahan Sukan Tahunan SKBT digegak gempitakan lagi dengan pertandingan tarik tali antara rumah sukan. Pada 19 Jun 2014 telah diadakan saringan pertandingan tarik tali. Ketiga-tiga pasukan tarik talik rumah sukan iaitu Biru, Hijau dan Merah mengambil bahagian. Pada pusingan pertama, pasukan rumah Biru berentap dengan pasukan rumah Merah. Keputusan seri telah membawa kedua-dua pasukan ini ke pusingan ketiga dan akhirnya pasukan Merah berjaya ke pusingan akhir. Kemudian, pasukan Hijau beradu kekuatan pula dengan pasukan Biru. Namun, mungkin disebabkan keletihan, pasukan biru terpaksa akur dengan kekuatan pasukan Hijau apabila mereka kalah dalam kedua-dua pusingan. Pasukan tarik tali rumah Hijau dan Merah berjaya ke peringkat akhir.






Sebagai salah satu acara kemuncak pada hari sukan tersebut, semua murid, guru dan para waris serta tetamu jemputan dihidangkan dengan pertandingan akhir tarik tali. Para peserta tarik tali rumah Hijau dan Merah menampilkan 'badang' masing-masing dalam usaha merangkul kejuaraan. Akhirnya, pasukan rumah Merah berjaya menjuarai pertandingan tarik tali tahun ini. Tahniah...




 Kemeriahan Sukan Tahunan SKBT juga dihangatkan lagi dengan pertandingan tarik tali antara waris yang hadir. Beberapa orang waris lelaki yang sporting telah mengambil bahagian. Begitu juga dengan beberapa bekas murid SKBT yang hadir pada hari itu turut mengambil bahagian. Seramai 12 orang waris telah mendaftarkan diri untuk memasuki acara tarik tali ini. Pihak urusetia mengambil keputusan untuk pecahkan 12 orang ini kepada dua pasukan sahaja. Maka, berentaplah mereka ini mempamerkan kekuatan masing-masing. Pengadil pertandingan, Ustaz Zool dan penolong pengadil merangkap pelepas iaitu Cikgu Nik, membunyikan hon sebagai tanda bermulanya acara beradu kekuatan ini. Akhirnya pasukan yang diketua olah YDP PIBG iaitu Dr Badrul Yahaya telah muncul sebagai juara. Pasukan yang diketuai oleh NYDP PIBG iaitu Encik Roslee akur dengan kekuatan pasukan lawannya itu, dan redha apabila mendapat tempat kedua ( sebab ada 2 pasukan je...)


No comments:

Post a Comment