Thursday, July 17, 2014

PERJUMPAAN WARIS THN 6 KALI KEDUA - DIALOG PRESTASI

16 JULAI 2014
Jawatankuasa kecemerlangan UPSR sekali lagi telah mengadakan perjumpaan waris Tahun 6. Program kali ini dikendalikan bersama dengan Guru-guru Praktikum dan dianjurkan bersama juga dengan Majlis Berbuka Puasa anjuran Panitia Pendidikan Islam. Sebelum pukul 6.00pm, sudah kelihatan beberapa orang waris mula mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran. Tepat jam 6.00pm, majlis dimulakan dengan bacaan yasin di Surau Al-Jameelah SKBT. Semua guru, waris Tahun 6 dan murid-murid terlibat. Selepas itu, dalam pukul 6.40 petang, para waris ke Makmal Komputer untuk sesi dialog prestasi.
Majlis dimulakan dengan ucapan pentadbir yang diwakili oleh Puan Hajjah Zaiton, PK HEM. Beliau mengalu-alukan kehadiran para waris tahun 6 dan mengucapkan tahniah atas keperihatinan mereka terhadap program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Selepas itu, penyelaras UPSR Cikgu Nik Faizul telah menyampaikan taklimat berkaitan dengan pencapaian dan pretasi semasa murid-murid Tahun 6. Dalam sesi taklimat itu, Cikgu Nik juga memaklumkan program-program yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat sebelum UPSR bulan September nanti. Pihak sekolah amat berharap agar para waris memberikan kerjasama terutamanya dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah agar program yang akan dijalankan nanti memberi impak secara keseluruhannya kepada semua murid.




No comments:

Post a Comment