Thursday, August 28, 2014

NAIB JOHAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAI PERINGKAT NEGERI

27 OGOS 2014
Sebagai salah satu usaha mengintegrasikan pelbagai kaum sejak di peringkat sekolah lagi, maka program RIMUP diadakan. Pada tahun ini, SKBT diletakkan satu kelompok dengan SK Batu Kawan dan SJKC Keng Koon. Pertandingan Tarian Rampai adalah merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk menjayakan program rimup kali ini.
Bertempat di SK Machang Bubuk, SKBT, SKBK dan SJKC Keng Koon menghantar beberapa orang wakil murid untuk menyertai pertandingan tarian ini. 

Wednesday, August 27, 2014

AKTIVITI KEMERDEKAAN 2014 - TEKA KATA DAN PUZZLE

26 OGOS 2014
Pada hari ini, semua murid terlibat dengan satu lagi aktiviti kemerdekaan iaitu teka kata dan susun puzzle. Murid-murid Tahap 2 dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan perlu mencari seberapa banyak perkataan yang berkaitan dengan kemerdekaan. Manakala, murid Tahap satu dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan mereka dikehendaki menyusun puzzle bagi membentuk gambar tokoh kemerdekaan negara. Semua akitivit ini dijalankan ditapak perhimpunan dan dikendalikan oleh Cikgu Maizatul serta dibantu oleh guru-guru yang lain.


MURID TAHAP 2 SEDANG 
MENYELESAIKAN TEKA KATA 
 

MURID TAHAP 1 SEDANG 
MENYUSUN PUZZLE 



Monday, August 18, 2014

PELANCARAN AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014

18 OGOS 2014

Pada hari ini, SK Bukit Tambun telah mengadakan majlis pelancaran Aktiviti Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Majlis yang dirasmikan oleh Puan Sarimah, Guru Besar SKBT ini diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua guru dan murid. Selain itu, Guru Besar juga menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua kelas sebagai bermulanya pelancaran aktiviti bulan merdeka. Setiausaha Sambutan Bulan Kemerdekaan memaklumkan kepada murid-murid tentang kepelbagaian aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan Ogos ini. Antaranya pertandingan nyanyian lagu patriotik, kuiz kemerdekaan, capan Jalur Gemilang dan banyak lagi.....

NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK

PENYERAHAN JALUR GEMILANG 
KEPADA SETIAP KELAS