Monday, August 4, 2014

DI AMBANG SYAWAL

25 JULAI 2014
Kegembiraan jelas kelihatan di rauk wajah semua murid apabila majlis di ambang Syawal ini diadakan. Mereka berasa sangat gembira kerana pada hari ini mereka dapat bersalaman dengan semua guru dan mendapat duit raya. Sebagai pengisian majlis ini, satu sesi tazkirah diadakan yang disampaikan oleh Ustaz Zool Azhari. Dalam slot tazkirahnya, ustaz Zool turut mengadakan kuiz untuk murid-murid dan juga guru. Sebagai ganjarannya, ustaz memberikan duti raya untuk murid-murid yang berjaya menjawab kuiz dengan tepat dan buku rujukan kepada guru-guru yang berjaya.
Selepas itu, Puan Guru Besar menyampaikan ucapan sepatah dua kata. Beliau tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua murid dan guru. Kemuadian, Puan Sarimah serta Encik Zulhilmi menyampaikan cenderahati serta sumbangan raya kepada murid-murid miskin. Sumbangan raya ini disediakan oleh Cikgu Razak, mantan PK HEM sekolah ini.
Acara kemuncak ialah acara bersalaman serta agihan duit raya. Murid-murid tidak melepaskan peluang bersalaman dengan guru-guru mereka.
Terima kasih kepada guru-guru praktikum yang telah menjayakan majlis ini. 

SESI CERAMAH DAN UCAPAN GURU BESAR


PENYAMPAIAN CENDERAHATI 
DAN SUMBANGAN RAYA




MAJLIS BERSALAMAN 
DAN PENYAMPAIAN DUIT RAYA




No comments:

Post a Comment