Monday, August 11, 2014

HARI-HARI TERAKHIR GURU PELATIH DI SKBT

8 OGOS 2014
Setiap pertemuan akan adanya perpisahan, itulah lumrah dunia. Hari ini, empat orang jejaka kacak yang merupakan guru pelatih di sekolah ini akan menamatkan sesi latihan mereka. Warga SKBT terutamanya murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 meratap sedih akan kehilangan guru-guru pelatih kesayangan mereka ini. Ternyata, empat bulan mereka di sekolah ini meninggalkan pelbagai detik manis bersama rakan-rakan guru dan juga para murid.
Mereka yang dimaksudkan ialah Cikgu Muhammad Zikri bin Saadon, Cikgu Mohamad Zahid Fahmi bin Zakaria, Cikgu Zikrul Hakiem dan Cikgu Muhammad Syahir Harith. 
Seawal pagi 8 Ogos, murid-murid sudah dikejutkan dengan makluman daripada PK 1 bahawa cikgu-cikgu ini akan menamatkan latihan mereka pada hari ini. Dalam perhimpunan ringkas, keempat-empat jejaka ini diberi peluang untuk berucap buat kali yang terakhir. Dalam senyuman mereka semasa berucap, sebenarnya tersembunyi seribu kesedihan untuk meninggalkan sekolah ini. Namun itulah hakikat, perjuangan kalian harus diteruskan. Pemergian kalian dari sekolah ini bukan bermakna tiba ke garisan penamat, sebenarnya sebuah episod baru akan bermula... perjuangan kalian untuk mendidik anak bangsa ibarat baru melangkah ke garisan permulaan... Jadikan segala pengalaman di sekolah ini sebagai salah satu wadah dan panduan dalam menjadi guru yang berkaliber nanti.



UCAPAN TERAKHIR.......





PENYAMPAIAN CENDERAHATI SEBAGAI KENANGAN





SESI BERSALAMAN....




No comments:

Post a Comment