Wednesday, August 13, 2014

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SKBT BERSAMA PINTAR FOUNDATION

13 OGOS 2014
Seawal jam 6.00 pagi lagi sudah kelihatan bas pintar di luar kawasan sekolah. Murid-murid yang hadir ke sekolah pada pagi ini tertanya-tanya bilakah boleh naik bas pintar kerana berdasarkan pengalaman lepas, mereka cukup tertarik dengan apa yang dipamerkan di dalam bas tersebut.Pada kali ini, Bas pintar menyediakan enam bidang pekerjaan, iaitu perubatan, kulinari, fotografi,sukan , kejuruteraan dan penerbangan. Ternyata semua murid begitu teruja dengan pendedahan teknologi baru dalam pelbagai bidang pekerjaan ini.
Salah seorang petugas, menyampaikan taklimat kepada murid-murid sebelum 
mereka menaiki bas.

Dalam ruangan sukan, murid boleh mencuba permainan boling. Pelik !!!! bolehkah bermain boling dalam sebuah bas yang kecil ini ? Itulah kecanggihan teknologi...tidak ada yang mustahil.

Murid juga berpeluang mengendalikan kapalterbang ,di atas bas pintar. Mungkin selepas ini ramai murid yang akan bercita-cita untuk menjadi juruterbang....


Di bahagian kulinari murid berkesempatan mempelajari cara menyediakan hiasan untuk masakan. Murid-murid lelaki nampaknya lebih berminat ke bahagian ini....

Selepas turun daripada bas, murid-murid dikehendaki mengisi borang...pelbagaoi soalan dikemukakan, antaranya citi-cita murid selepas melihat dan merasai dunia pekerjaan yang dipamerkan di atas bas.

PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PINTAR FOUNDATION KERANA SUDI HADIR KE SK BUKIT TAMBUN UNTUK BERKONGSI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN BARU DENGAN ANAK-ANAK DIDIK SERTA GURU-GURU DI SINI.

No comments:

Post a Comment