Friday, October 31, 2014

Perkhemahan Unit Beruniform SKBT 2014

31 Oktober 2014

Pada hari ini, SKBT mengadakan perkhemahan unit beruniform. Tepat jam 4.00 petang, Ustazah Nurizan membuka kaunter pendaftaran dan seramai 42 orang murid Tahun 5 dan 6 telah melaporkan diri untuk menyertai perkhemahan ini.
Sesi pertama perkhemahan ini dimulakan dengan solat Asar berjemaah. Ustaz Zool Azhari telah memberi pendedahan kepada para peserta akan cara-cara bersolat di lapangan. Ustaz membawa para peserta ke padang dan menunjukkan cara bersolat di lapangan bukannya di surau. Ini merupakan pengalaman pertama para peserta bersolat di lapanga. Selepas itu, para peserta dilibatkan dengan aktiviti riadah di padang. Lebih kurang pukul 5.30 petang, para peserta lelaki bekerjasama mendirikan khemah manakala peserta perempuan mandi dan bersiap-siap untuk makan malam dan solat Maghrib.
Pada sebelah malam pula, para peserta diberi pendedahan tentang simpulan dan ikatan yang dikendalikan oleh Cikgu Aznita dan Maizatul. Selepas itu, diberi pendedahan tentang pertolongan cema yang dikendalikan oleh Cikgu Mazlina dan Cikgu Ng. 




 

\

No comments:

Post a Comment