Friday, October 3, 2014

SKBT.....Johan Pertandingan Tandas Peringkat Daerah

24 SEPTEMBER 2014

"Puncak gunung itu hanyalah satu titik destinasi, pengalaman di sepanjang pendakian itulah yang paling utama dan berharga..."

         Pada 24 September yang lepas, satu lagi sejarah kegemilangan berjaya dilakarkan oleh SK Bukit Tambun apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Daerah seberang Perai Selatan 2014. Keputusan pihak sekolah untuk menyertai pertandingan ini amat tepat. Dengan cetusan idea, kreativiti serta kerajinan dan komitmen guru-guru, dalam beberapa minggu sahaja tandas-tandas SKBT bersedia untuk dipertandingkan. Murid-murid juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga untuk melihat tandas sekolah mereka bersih dan ceria.

 Objektif Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Daerah antara lainnya bertujuan untuk ;
Meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang betapa pentingnya menjagakebersihan tandas
Menggalakkan warga sekolah menjaga dan mengekalkan kebersihan tandaspada sepanjang masa
Membina sikap penyayang dan menghargai kemudahan asas (tandas) yangdisediakan di sekolah
     
       Ekoran daripada kejayaan SKBT merangkul gelaran Johan di peringkat Daerah Selatan ini, maka secara tidak langsungnya SKBT layak ke Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Negeri. Penilaian serta pemarkahan oleh pegawai-pegawai JPN dijangka akan dilakukan pada awal bulan Oktober. Semoga kebersihan serta keceriaan tandas SKBT dapat memukau pegawai-pegawai berkenaan seterusnya menggondol gelaran Johan Peringkat Negeri.


HAKIM DARI PPD SEDANG MEMBUAT PENILAIAN TANDAS SKBT


No comments:

Post a Comment