Thursday, October 2, 2014

Sepak Takraw Peringkat Daerah 2014 - SKBT Ke Suku Akhir

1 OKTOBER 2014
Pada tahun ini, sekali lagi Pasukan Sepak Takraw SKBT melakar sejarah apabila berjaya menjadi Johan Kumpulan B dalam pertandingan sepak takraw peringkat daerah yang berlangsung di SMK Mutiara Impian. Pengurus pasukan,Cikgu Nik dan Jurulatih pasukan Ustaz Zool menarik nafas lega apabila SKBT layak ke suku akhir. Di peringkat kumpulan, SKBT mempamerkan corak permainan yang memukau apabila berjaya menewaskan pasukan sepak takraw SK keledang jaya dan juga SK Seri Tasek. 
Di peringkat suku akhir, SKBT bertemu dengan Naib Johan kumpulan D iaitu SK saujana Indah. Dalam games pertama, Team A SKBT berjaya menewaskan Team A SK Saujana dengan mudah. Dalam games kedua pula, Team B turut  meraih kemenangan dalam set pertama namun telah dibenam oleh SK saujana dalam set ke3 dan ke4. Dalam games ke3 yang merupakan penentu sama ada SKBT akan layak ke separuh akhir, ternyata Team C SKBT terpaksa berhempas pulas untuk mengutip mata namun....SK Saujana Indah ternyata lebih bernasib baik apabila Team C mereka berjaya menumpaskan Team C SK Bukit Tambun. Dengan kekalahan itu, maka peluang untuk SKBT ke separuh akhir tertutup rapat. "Namun, berdasarkan sasaran awal, kita sebenarnya telah berjaya mencapai KPI iaitu mara ke suku akhir" kata PK Kokurikulum, Encik Zulhilmi yang berbangga dengan pencapaian pasukan sepak takraw SKBT setakat ini. Beliau berharap agar di peringkat regu nanti yang akan berlangsung pada 3 Oktober, pasukan pilihan SKBT akan berjaya ke peringkat yang lebih selesa dan membanggakan.


PEMAIN TAKRAW SKBT 2014


BERSALAMAN DENGAN PENGADIL DAN PIHAK LAWAN
'SUKAN MENGERATKAN HUBUNGAN'

 

BERADU KEKUATAN DAN KEMAHIRAN




No comments:

Post a Comment