Tuesday, February 17, 2015

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Jadi bulan Februari

16 FEBRUARI 2015
Program guru penyayang
Satu majlis sambutan hari lahir murid-murid dan guru-guru yang lahir dalam bulan Februari diadakan.

 

Monday, February 16, 2015

Pelancaran Kempen Kelasku Bersih dan Ceria

16 FEBRUARI 2015 (ISNIN)

Dalam usaha menjadikan SKBT sebagai sekolah yang bersih dan ceria, pada hari ini, Guru Besar SKBT, Puan Sarimah telah melancarkan kempen Kelasku Bersih dan Ceria. Dalam majlis tersebut, Guru Besar telah memotong riben pada banner sebagai gimik pelancaran. Selepas itu, beliau menyematkan tag nama kepada beberapa orang murid dari setiap kelas yang dipilih sebagai Pengawas Kebersihan dalam kelas masing-masing. Pengawas Kebersihan ini akan diamanahkan untuk memantau kebersihan dan keceriaan dalam kelas. Dalam kempen ini, komitmen semua pihak sama ada guru mahupun murid perlu digembelengkan agar setiap kelas menjadi lebih kondusif utuk sesi pengajaran dan pembelajaran.



PELANTIKAN PENGAWAS KEBERSIHAN KELAS 

PENYERAHAN BAHAN/ALATAN KECERIAAN KELAS

Sunday, February 15, 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri 2015

14 FEBRUARI 2015
Beberapa orang murid telah dipilih untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri yang diadakan di SMK Sungai Acheh. Murid-murid yang mewakili SKBT ke kejohanan tersebut ialah ;
1. Muhd. Aidil Syazwan
2. Syaileysh Szemion
3. Sharvinash Ryan
4. Nur Syarleeza
5. Nurul Nabila
6. Nur Fatimah Husna
Manakala guru yang bertugas mengiringi peserta ialah Cikgu Ng, Cikgu Kesavan dan Cikgu Zulhilmi.
Walaupun dalam kejohanan kali ini, SKBT tidak mendapat sebarang hadiah, namun ianya sebagai salah satu usaha ke arah kemenjadian murid. Menurut Cikgu Zulhilmi, PK Koko SKBT, kita sebenarnya sudah bergerak satu langkah ke hadapan....kejayaan akan bermula jika kita memulakan langkah permulaan.

Tuesday, February 10, 2015

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

7 FEBRUARI 2015


CERAMAH KEPIMPINAN
Sesi pertama kursus kepimpinan ialah Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh Cikgu Nazariah. Para peserta yang hadir ke kursus ini terdiri daripada mereka yang telah dipilih sama ada sebagai pengawas, pengawas PSS atau ketua kelas yang merupakan pemimpin di sekolah. Dalam ceramahnya, Cikgu Nazariah menekankan aspek kemahiran kepimpinan serta sifat-sifat yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber di sekolah. Ceramah yang diselangselikan dengan aktiviti-aktiviti seperti kotak ajaib, mengenal warna kegemaran dan sebagainya membantu para peserta memahami potensi diri untuk menjadi seorang pemimpin.,
AKTIVITI DALAM KUMPULAN
ADK ini bertujuan untuk memdedahkan setiap peserta tentang bidang tugas masing-masing. Dalam slot ini, para peserta dipecahkan kepada unit masing-masing. Pengawas Sekolah dikendalikan oleh Ustaz Zool Azhari, Pengawas Pusat Sumber dikendalikan oleh Cikgu Siti Nor manakala Ketua Kelas dikendalikan oleh Cikgu Nik Faizul. 

Aktiviti Riadah
SIBUTAKU SAYANG
Aktiviti Riadah dikendalikan oleh JK Riadah yang diketuai oleh Cikgu Nik Faizul. Selepas rehat, murid diberi taklimat ringkas tentang permainan yang akan diadakan yang diberi nama 'Si Butaku Sayang'. Murid-murid dipecahkan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang ketua. Ahli-ahli kumpulan akan ditutup mata menggunakan kain yang disediakan. Ketua kumpulan akan memberi arahan kepada ahlinya yang 'buta' untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.
Sesi Rumusan
Selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam permainan 'Si Butaku Sayang' , akhirnya setiap kumpulan berjaya sampai ke destinasi yang ditetapkan. Dalam tempoh lebih kurang 15 minit, sesi rumusan diadakan untuk menjelaskan apa rasionalnya permainan tersebut dengan kepimpinan. Semoga dengan kursus kepimpinan yang diadakan ini akan dapat membantu meningkatkan kemahiran, keyakinan diri serta komitmen pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua kelas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. 
Sesi Bergambar