Tuesday, February 10, 2015

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

7 FEBRUARI 2015


CERAMAH KEPIMPINAN
Sesi pertama kursus kepimpinan ialah Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh Cikgu Nazariah. Para peserta yang hadir ke kursus ini terdiri daripada mereka yang telah dipilih sama ada sebagai pengawas, pengawas PSS atau ketua kelas yang merupakan pemimpin di sekolah. Dalam ceramahnya, Cikgu Nazariah menekankan aspek kemahiran kepimpinan serta sifat-sifat yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber di sekolah. Ceramah yang diselangselikan dengan aktiviti-aktiviti seperti kotak ajaib, mengenal warna kegemaran dan sebagainya membantu para peserta memahami potensi diri untuk menjadi seorang pemimpin.,
AKTIVITI DALAM KUMPULAN
ADK ini bertujuan untuk memdedahkan setiap peserta tentang bidang tugas masing-masing. Dalam slot ini, para peserta dipecahkan kepada unit masing-masing. Pengawas Sekolah dikendalikan oleh Ustaz Zool Azhari, Pengawas Pusat Sumber dikendalikan oleh Cikgu Siti Nor manakala Ketua Kelas dikendalikan oleh Cikgu Nik Faizul. 

Aktiviti Riadah
SIBUTAKU SAYANG
Aktiviti Riadah dikendalikan oleh JK Riadah yang diketuai oleh Cikgu Nik Faizul. Selepas rehat, murid diberi taklimat ringkas tentang permainan yang akan diadakan yang diberi nama 'Si Butaku Sayang'. Murid-murid dipecahkan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang ketua. Ahli-ahli kumpulan akan ditutup mata menggunakan kain yang disediakan. Ketua kumpulan akan memberi arahan kepada ahlinya yang 'buta' untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.
Sesi Rumusan
Selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam permainan 'Si Butaku Sayang' , akhirnya setiap kumpulan berjaya sampai ke destinasi yang ditetapkan. Dalam tempoh lebih kurang 15 minit, sesi rumusan diadakan untuk menjelaskan apa rasionalnya permainan tersebut dengan kepimpinan. Semoga dengan kursus kepimpinan yang diadakan ini akan dapat membantu meningkatkan kemahiran, keyakinan diri serta komitmen pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua kelas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. 
Sesi Bergambar

No comments:

Post a Comment