Monday, February 2, 2015

FAIL PROFIL PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (PPB)

Mulai 2015, setiap guru perlu menyediakan satu fail untuk Profil PPB Individu Guru. Profil PPB Individu itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan.

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. Katanya, profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan  dan pembangunan kerjaya."

PANDUAN FAIL PPB

BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU

Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

BAHAGIAN ISI FAIL

A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan


B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan dalam Aktiviti PPB

C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
1. Senarai Tugas dan Tanggungjawab
2. Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD
3. Penulisan/Penerbitan

D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/KEPIMPINAN
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. ANUGERAH /PENCAPAIAN
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah dalam PdP/Kepimpinan/Lain-lain
3. Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain

F. PENILAIAN PdP/KEPIMPINAN
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan

Moga perkongsian bahan Profil PPB Individu ini dapat membantu guru-guru menyediakan fail yang terbaik

No comments:

Post a Comment