Saturday, June 28, 2014

POTLUCK sebelum menjelangnya Ramadhan

27 JUN 2014 ( Jumaat)
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya Ramadhan. Justeru, guru-guru telah bersepakat untuk mengadakan potluck. Setelah berbincang, semua guru bersetuju untuk menjadikan menu pulut durian sebagai menu utama memandangkan sekarang ini musim durian. Cikgu Mazlina dengan ikhlasnya memberikan sumbangan buah durian manakala Cikgu Suzanariati menyediakan pulut serta serawa durian. Cikgu-cikgu lain turut membawa juadah masing-masing. Antaranya Cikgu Nazariah membawa spageti, Ustazah Ruzaini membawa sambal bilis dan memasak nasi. Ada rakan-rakan guru yang membawa air, buah-buahan, jeruk Pak Ali dan banyak lagi.





Berbunyinya loceng rehat, semua guru berkumpul di Makmal Sains. Acara mengopek buah durian dimulakan. Cikgu Zulhimli, Cikgu Nik dan Cikgu Kesevan menunjukkan bakat mengopek durian. Ada yang menggunakan pisau sayur, pisau potong kertas malah gunting ( saja nak tunjukkan kelainan). Setelah beberapa biji buah durian berjaya dikopek, maka acara makan pulut durianpun bermula. Masing-masing tidak mahu melepas peluang menikmati juadah yang enak ini.






Friday, June 27, 2014

TAZKIRAH DI AMBANG RAMADHAN

27 JUN 2014
Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Tazkirah Di Ambang Ramadhan untuk semua murid dan guru SKBT. Program ini merupakan program yang diadakan setiap tahun apabila hampir menjelangnya bulan yang mulia ini.
Program yang bermula seawal 7.45 pagi itu dimulakan dengan majlis bacaan yasin. Bacaan yasin dan tahlil ini dipimpin oleh Ustaz tersohor di SKBT iaitu Ustaz Zool Azhari. Selepas itu, Ustaz Zool meneruskan program dengan sesi ceramah tentang Ramadhan.  


Ustaz Zool yang sememangnya terkenal dalam kalangan murid-murid SKBT sedang menyampaikan tazkirahnya dalam keadaan santai. Murid-murid menunjukkan rasa minat untuk mendengar serta mengetahui tentang Ramadhan. Ustaz mengambil kesempatan ini mengajar murid-murid tentang niat berpuasa serta menerangkan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang berpuasa. Sesungguhnya ilmu yang dicurahkan ini diharapkan dapat mendidik dan membantu murid-murid memahami seterusnya mengamalkannya sepanjang Ramadhan nanti.







Program hari ini dimeriahkan juga dengan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 4 Cemerlang. Kumpulan nasyid yang seramai 12 orang itu diketuai oleh adik Mukrim dan dilatih oleh Cikgu Azila. 
Dengan lagu Ramadhan Tiba, mereka berjaya menghiburkan rakan-rakan yang lain.

Thursday, June 26, 2014

CERAMAH PERGIGIAN

GIGI YANG PALING KUAT IALAH GIGI ORANG MALAYSIA SEBAB BOLEH MAKAN PUCUK PAKU, UBI KAYU, JAMBU BATU, BELIMBING BESI, IKAN PARANG....

26 JUN 2014
Semua murid SKBT kecuali tahun 6, terlibat dengan sesi ceramah pergigian yang disampaikan oleh jururawat pergigian Bandar Tasek Mutiara. Ustazah Nurasyikin yang merangkap guru kesihatan telah menguruskan sesi ceramah ini. Antara intipati ceramah yang disampaikan ialah tentang Bahagian-bahagian gigi, Kesan jika tidak menjaga gigi, Cara penjagaan gigi, Rawatan pergigian dan sebagainya.
Murid-murid begitu teruja apabila ditayangkan slaid gambar-gambar gigi yang cantik namun mereka kelihatan takut apabila menyaksikan gigi-gigi yang rosak ekoran tidak dijaga dengan elok. Justeru, jururawat menasihatkan semua murid agar menjaga gigi dengan baik supaya tidak rosak. 




Pada akhir sesi ceramah, Ustazah Nurasyikin yang menjadi pengacara mengucapkan jutaan terima kasih kepada jururawat yang telah menyampaikan ceramah dan berharap agar program yang baik seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Monday, June 23, 2014

SUKAN SKBT 2014 - Acara Tarik Tali

21 JUN 2014
Kemeriahan Sukan Tahunan SKBT digegak gempitakan lagi dengan pertandingan tarik tali antara rumah sukan. Pada 19 Jun 2014 telah diadakan saringan pertandingan tarik tali. Ketiga-tiga pasukan tarik talik rumah sukan iaitu Biru, Hijau dan Merah mengambil bahagian. Pada pusingan pertama, pasukan rumah Biru berentap dengan pasukan rumah Merah. Keputusan seri telah membawa kedua-dua pasukan ini ke pusingan ketiga dan akhirnya pasukan Merah berjaya ke pusingan akhir. Kemudian, pasukan Hijau beradu kekuatan pula dengan pasukan Biru. Namun, mungkin disebabkan keletihan, pasukan biru terpaksa akur dengan kekuatan pasukan Hijau apabila mereka kalah dalam kedua-dua pusingan. Pasukan tarik tali rumah Hijau dan Merah berjaya ke peringkat akhir.






Sebagai salah satu acara kemuncak pada hari sukan tersebut, semua murid, guru dan para waris serta tetamu jemputan dihidangkan dengan pertandingan akhir tarik tali. Para peserta tarik tali rumah Hijau dan Merah menampilkan 'badang' masing-masing dalam usaha merangkul kejuaraan. Akhirnya, pasukan rumah Merah berjaya menjuarai pertandingan tarik tali tahun ini. Tahniah...




 Kemeriahan Sukan Tahunan SKBT juga dihangatkan lagi dengan pertandingan tarik tali antara waris yang hadir. Beberapa orang waris lelaki yang sporting telah mengambil bahagian. Begitu juga dengan beberapa bekas murid SKBT yang hadir pada hari itu turut mengambil bahagian. Seramai 12 orang waris telah mendaftarkan diri untuk memasuki acara tarik tali ini. Pihak urusetia mengambil keputusan untuk pecahkan 12 orang ini kepada dua pasukan sahaja. Maka, berentaplah mereka ini mempamerkan kekuatan masing-masing. Pengadil pertandingan, Ustaz Zool dan penolong pengadil merangkap pelepas iaitu Cikgu Nik, membunyikan hon sebagai tanda bermulanya acara beradu kekuatan ini. Akhirnya pasukan yang diketua olah YDP PIBG iaitu Dr Badrul Yahaya telah muncul sebagai juara. Pasukan yang diketuai oleh NYDP PIBG iaitu Encik Roslee akur dengan kekuatan pasukan lawannya itu, dan redha apabila mendapat tempat kedua ( sebab ada 2 pasukan je...)


Sunday, June 22, 2014

SUKAN SKBT 2014 - Perbarisan Kontinjen Rumah Sukan

21 JUN 2014
Seperti biasa, Sukan Tahunan dimulakan dengan acara perbarisan rumah sukan. Ketiga-tiga kontinjen rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Hijau  serta Kontinjen Pra Sekolah telah membuat persediaan yang cukup mengujakan bagi memeriahkan acara perbarisan kali ini. Sekitar jam 8.00 pagi, Pengurus acara perbarisan, Cikgu Nik Faizul telah mengarahkan setiap kontinjen perbarisan rumah sukan bersiap sedia. Guru-guru setiap rumah sukan telah bekerjasama dan bertungkus lumus menyiapkan kontinjen masing-masing. Dalam tempoh kurang daripada 24 jam, guru-guru setiap rumah sukan berjaya menyiapkan maskot masing-masing.


Tepat jam 9.00 pagi, pengacara majlis mengumumkan perbarisan masuk kontinjen rumah sukan. Perbarisan dimulakan dengan pembawa bendera Jalur Gemilang, bendera Negeri dan bendera sekolah serta pembaca ikrar, kemudian disusuli dengan kontinjen rumah merah, biru, hijau dan kontinjen pra sekolah. 







Setelah semua kontinjen berkumpul di tengah padang, mereka mengaminkan doa yang dipimpin oleh Ustaz Zool Azhari. Kemudian, semua murid, guru serta para waris yang hadir bersama-sama menyantikan lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang serta lagu Sekolah. Kemudian, Muhamad Arif bin Shamsudin dari kelas 6C mengetuai bacaan ikrar sukan sekolah.




Setelah semuanya selesai, kontinjen-kontinjen rumah sukan berbaris keluar padang dan terus ke khemah sukan masing-masing untuk membuat persediaan acara sukan yang seterusnya. Hakim yang mengadili pertandingan perbarisan kali ini ialah Puan Sarimah (GB), Puan Zaiton (PK HEM) dan Dr Badrul Yahaya ( YDP PIBG). Mereka sebulat suara memutuskan kontinjen rumah Hijau sebagai Johan Pertandingan Perbarisan 2014. Tahniah dan syabas semua peserta serta guru-guru rumah Hijau. Encik Zulhilmi, PK KOKO amat berpuas hati dengan kelancaran serta kemeriahan acara perbarisan kali ini. Syabas dan Tanhiah semua guru rumah sukan serta peserta acara perbarisan.

Thursday, June 19, 2014

PEMANTAUAN HEADCOUNT OLEH PPD

19 JUN 2014
Sekumpulan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Selatan telah berkunjung ke SKBT untuk Pemantauan Headcount. Kumpulan pemantauan dari PPD tersebut terdiri daripada Encik Rizal, Puan Asmah dan juga Puan Izzati. Manakala kumpulan guru yang terlibat ialah Tn Hj Mohd Ajos (PK1), Puan Suzanariati (S/U Peperiksaan Dalaman/Headcount), Encik Nik Faizul ( S/U Kecemerlangan UPSR/ Guru BM Thn 6), Puan Nazariah (Guru Matematik Thn 6) dan Puan Mazlina (Guru Sains Thn 6).
Antara perkara yang telah dibincangkan ialah berkaitan dengan TOV, OTI dan juga ETR. Selain itu, Encik Rizal juga menekankan tentang pencapaian ujian semasa bagi setiap subjek sama ada menjurus ke arah pencapaian ETR atau sebaliknya. Setiap subjek telah dianalisis dan hasilnya, beberapa pengubahsuaian ETR perlu dilakukan berdasarkan pencapaian semasa murid-murid. 
Selain itu, berdasarkan sumbangsaran yang telah diadakan, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh Encik Rizal, antaranya Latih Tubi berfokus, mengadakan perjumpaan waris dengan memaklumkan keadaan atau pencapaian semasa pelajar, komitmen bersama guru-guru tahun 6 dan juga pentadbiran, meningkatkan sarana dan sebagainya. Encik Rizal mengalu-alukan pihak sekolah sekiranya memerlukan bantuan daripada pihak PPD seperti dari segi bimbingan berfokus oleh SISC+ dan sebagainya. Encik Rizal juga mencadangkan agar sekali-sekala pihak sekolah atau guru membawa pelajar ke sesuatu tempat menarik seperti Bukit Panchor atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai untuk mengadakan sesi pembelajaran. Beliau yakin ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar. 
Sesi perjumpaan yang berlangsung hampir dua jam itu amat berkesan dan bermanfaat dan telah mencetuskan beberapa idea untuk meningkatkan pencapaian UPSR di sekolah ini.