Friday, May 30, 2014

JAMUAN HARI GURU

27 MEI 2014 - Bertempat di Pen Mutiara Seafood, Batu Maung Pulau Pinang, Kelab Staf SKBT telah mengadakan majlis makan tengah hari untuk guru-guru SKBT sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang diadakan. Hidangan istimewa kari kepala ikan menjadi juadah yang begitu menyelerakan bagi kesemua guru SKBT pada hari tersebut. Ustaz Zool membuka tirai majlis makan tengah hari dengan bacaan doa. Selain kari kepala ikan, hidangan seperti ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, dan pelbagai juadah lain telah dinikmati bersama-sama oleh guru-guru yang sememangnya dalam keadaan lapar. 

Turut hadir pada majlis makan tengah hari tersebut ialah Cikgu Radhi yang telah berpindah ke SK Permatang Tok Mahat. Cikgu Radhi yang diundang khas pada hari tersebut sempat memberikan sepatah dua kata dalam ucapan ringkasnya. Kemudian, guru besar menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Radhi sebagai mengenang jasa beliau yang telah berkhidmat di SK Bukit Tambun sebelum ini. 




Thursday, May 29, 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SKBT 2014

27 MEI 2014 - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan jayanya di SK Bukit Tambun. Sambutan hari guru pada tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana pada tahun ini, sambutan hari guru dirancang dan dikendalikan oleh PIBG. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna guru-guru 'lepas tangan' kerana kunci kejayaan setiap program di sekolah adalah komitmen yang jitu antara para waris dan guru-guru. 
Sambutan pada tahun ini boleh dikatakan meriah kerana penglibatan ibu bapa yang sporting menggamatkan suasana. Pelbagai aktiviti yang diadakan telah disertai oleh guru-guru dan juga ibu bapa tanpa rasa sebarang jurang perbezaan. 
Sambutan hari guru dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Kemudian, Tuan Haji Muhammad Ajos selaku PK1 telah membaca perutusan sempena hari guru. Adik Muhammad Arif iaitu Penolong Ketua Pengawas Sekolah kemudiannya menyampaikan ucapan mewakili semua murid. Dalam ucapannya, adik Muhd Arif berterima kasih kepada semua guru SKBT kerana telah mendidik murid-murid SKBT dengan tekun dan ikhlas sehingga menjadi murid yang cemerlang. NYDP PIBG, Encik Roslee juga tidak ketinggalan menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis tersebut. Beliau yang mewakili YDP yang tidak dapat hadir, menyentuh soal rasa kebertanggungjawaban ibu bapa terhadap pendidikan dan kejayaan anak-anak di sekolah. Guru Besar pula dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PIBG serta ibu bapa yang hadir menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini.


Selepas sesi ucapan, sambutan hari guru diteruskan dengan bacaan ikrar oleh semua guru yang diketuai oleh Puan Sarimah, Guru Besar SKBT. Kemudian, semua guru menyanyikan lagu keramat Guru Malaysia, sambil wakil murid menyampaikan sekuntum bunga kepada setiap guru. Kemudian, Guru Besar mewakili semua guru memotong kek yang ditaja oleh PIBG. Murid-murid dan para waris yang hadir sama-sama menyanyiikan lagu 'selamat hari guru' ketika sesi potong kek tersebut.



Sambutan Hari Guru dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti sukaneka seperti boling kelapa, pertandingan mengopek dan mengukur kelapa dan pertandingan melambung belon berisi air. Semua waris dan guru mengambil bahagian. Keseronokan dan kegembiraan yang dirasai oleh semua yang terlibat menggamatkan suasana di tapak perhimpunan itu. 








Setelah penat bersukaneka, semua guru, murid serta para waris menjamu selera di kantin sekolah. PIBG sekali lagi menyumbangkan sedikit juadah iaitu bihun sup kepada guru dan waris yang hadir. Murid-murid pula menikmati juadah yang dibawa dan dikongsi bersama. Menakjubkan !! kerana juadah atau makanan yang dibawa olah murid-murid serta para waris pada hari tersebut memenuhi ruang meja. Kepelbagaian juadah yang dihidangkan itu dinikmati bsersama-sama. Guru serta ibu bapa yang hadir bekerjasama menghidangkan juadah tersebut.









Monday, May 26, 2014

PENGAKAP - UJIAN KERIS GANGSA DAN KERIS PERAK

Tiga orang ahli pengakap Tahun 4 dan Tiga orang ahli pengakap tahun 5 telah dipilih untuk menyertai Kem Ujian Keris Gangsa dan Keris Perak yang diadakan pada 23,24 dan 25 Mei di SK Sungai Acheh. Ahli pengakap tahun 4 yang terlibat ialah Darwish, Syafifi dan Nik Muhd Zafran manakala ahli pengakap tahun 5 ialah Nik Danial, Darwinraj dan Shailesyh. Keenam-enam peserta ini dengan diiringi oleh Cikgu Nik Faizul telah berkhemah selama tiga hari dua malam di Tapak Perkhemahan SK Sungai Acheh.

Setibanya di tapak perkhemahan pada petang 23 Mei 2014, keenam-enam peserta telah bekerjasama memasang khemah. Tunjuk ajar yang diberikan oleh guru pengakap semasa di sekolah telah digunakan oleh mereka untuk memasang khemah. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama mereka mengikuti kem, namun kesungguhan dan kecekalan mereka telah membuahkan hasil apabila khemah berjaya didirikan dalam panas terik sang mentari.




Sepanjang kem Ujian ini, para peserta telah diberi tunjuk ajar untuk menjalani aktiviti kepengakapan seperti Laung Agung, kawad kaki, Simpulan dan ikatan serta sebagainya. Mereka kemudiannya diuji oleh jurulatih untuk melayakkan mereka memperoleh lencana keris.Aktiviti riadah seperti futsal juga turut diadakan untuk memperoleh lencana kemahiran.



Aktiviti bukan sahaja pada waktu siang, malah pada waktu malam juga dipenuhi dengan aktiviti kepengakapan seperti malam kebudayaan dan sebagainya. Dalam aktiviti kebudayaan, peserta SKBT telah membuat persembahan lagu 'Laici Kang Semangkuk Dua Kupang'. Persembahannya ringkas tetapi menghiburkan.






Tuesday, May 20, 2014

PERTANDINGAN DIORAMA 6C 2014

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh memotivasikan orang lain , itu lebih hebat”

29 APRIL 2014 - Guru Pendidikan Seni kelas 6C, Cikgu Nik Faizul telah mengadakan Pertandingan Mencipta Diorama. Semua murid kelas berkenaan telah mengambil bahagian. Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Setiap kumpulan perlu menghasilkan diorama bertemakan haiwan. 
Dengan kerjasama kumpulan yang jitu, setiap kumpulan telah berjaya menyiapkan diorama yang menarik dalam tempoh yang ditetapkan.
Hasil daripada penilaian dan pemarkahan oleh juri, kumpulan yang disertai oleh Firzana, Aleeya dan Sofiya telah menjadi Johan. Tahniah dan syabas....